English | Malay

Senarai harga

dikemaskini pada Julai 2010

 

Anggaran harga bilah bagi satu barangan yang ditempah bermula dari besi sebatang hingga ke besi kimpalan berpamor beserta pahat bunga & ukiran.

 

 

Terma dan syarat perkhidmatan

1. Keterangan perihal harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam laman web ini adalah seperti yang dipaparkan semasa anda membuat tempahan.

 

2. Kami berhak membuat perubahan harga dari masa ke semasa. Perubahan harga adalah tertakluk kepada harga pasaran bahan-bahan yang digunakan.

 

3. Harga pembelian hendaklah mengikut harga pada masa tempahan dibuat.

 

4. Warna yang dipaparkan pada skrin komputer biasanya tidak sama sepenuhnya dengan warna produk.

 

5. Anggaran harga adalah termasuk kos penghantaran didalam Malaysia. Sedikit penambahan harga mungkin dikenakan untuk penghantaran diluar Malaysia.

 

6. Pembayaran pendahuluan minimum bagi setiap tempahan yang nilainya kurang dari RM1000 ialah sebanyak 30%. Bagi tempahan yang nilainya melebihi RM1000 ialah sebanyak 50%. Baki bayaran hendaklah dibuat setelah tempahan disiapkan.

 

7. Penghantaran hanya akan dibuat setelah baki bayaran diselesaikan terlebih dahulu.

 

8. Terma dan syarat perkhidmatan adalah tertakluk dibawah undang-undang Malaysia.

 

Tempahan keris

Kami menerima tempahan keris Melayu nusantara sepertimana yang digunakan oleh pahlawan Melayu di masa lampau. Keris dan berbagai jenis senjata Melayu lama dibuat khususnya bagi memenuhi citarasa para penggemar keris, pengamal seni bela diri dan para pengumpul keris.

Kami juga menerima berbagai tempahan hulu dan sarong dari pelbagai jenis ukiran kayu dan perak yang bertatahkan pelbagai jenis batu permata.

 

Iklan dan pautan

Lawati laman komuniti kami: Kerismalela.multiply.com Pautan laman direktori kami: pinaplace.com

 

Copyright © 2010 Al-Hadid Keris Malela. All rights reserved. Kerismalela.com recommends FireFox browser for improved speed and security.

Web Design by Aidifaris Wan - freelance web designer Malaysia