English | Malay

Informasi Keris Malela

Keris Malela mempunyai dua alur berlurah pada kedua-dua permukaan. Penampilannya tersangat indah serta unik dan mempunyai kerawangan (perut bunga) yang tersendiri. Keris Malela kami dihasilkan oleh tukang pembuatan yang ternama dari Pantai Timur, Tanah Semenanjung dan Pattani (Selatan Thailand). Kepandaian dan kesenian kerja tangan mereka dalam menghasilkan seni warisan senjata nusantara telah diwarisi sejak turun-temurun.

Untuk menghasilkan keris baru yang bermutu tinggi dan tidak lari dari bentuk serta ciri-ciri yang asal, kami menggunakan campuran besi terpilih seperti mata keris, lembing, beliung, dan cetar yang dileburkan.

Pengimpalan berulang-kali akan dilakukan bagi memastikan lapisan yang padat serta bersih dan diakhiri dengan penempaan semula dengan memasukkan rahsia-rahsia dan amalan tradisi tertentu.

 

Copyright © 2010 Al-Hadid Keris Malela. All rights reserved. Kerismalela.com recommends FireFox browser for improved speed and security.

Web Design by Aidifaris Wan - freelance web designer Malaysia